Home » » Telur Siput Babi Jadi Makanan Di Eropah.

Telur Siput Babi Jadi Makanan Di Eropah.

Written By Unknown on Wednesday 31 October 2012 | 13:33


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke- yang bersidang pada 2 April 1998 telah membincangkan Pembiakan Siput Babi ( Achatina Fulica ). Muzakarah telah memutuskan bahawa perusahaan menternak siput babi untuk eksport ke luar negera sebagai bahan makanan adalah harus.

Keterangan/Hujah: 
 
  1. Dari segi nama, siput ini dipanggil sebagai Siput Afrika kerana ianya berasal dari Afrika, Umumnya masyarakat di Malaysia memanggilnya siput babi, ada juga yang menamakannya sebagai siput harimau atau siput belungking. Di negara-negara lain, siput ini disebut dengan nama lain, misalnya di British ia dipanggil siput British. Walaupun namanya lain-lain dan ada di seluruh negara, tetapi cara hidupnya adalah sama. Haiwan ini ialah sejenis aliran yang sama dengan kumpulan sotong, kerang dan siput-siput laut. Perbezaannya ialah siput babi ini hanya hidup di darat. Ia bukan jenis mamalia, tetapi adalah jenis haiwan rendah yang lebih rendah daripada belalang. Sistem pendarahannya juga tidak sama dengan sistem pendarahan haiwan mamalia. Ia membiak melalui telur seperti pembiakan penyu. Di Eropah, telur haiwan ini dijadikan sebagai makanan yang istimewa dan harganya tinggi, haiwan ini juga tinggal di tempattempat yang ada tanaman muda dan di kawasan yang berbatu, makanannya ialah jenis daun dan lumut. Haiwan ini mengeluarkan sejenis lendir yang gunanya ialah untuk memudahkan pergerakannya dari satu tempat ke satu tempat. Baca selebihnya (KLIK SINI)












Sumber: e-fatwa



0 comments:

Post a Comment